Arena Wati
Arena Wati

Arena Wati

Muhammad bin Abdul Beang @ Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung[1][2] atau lebih dikenali sebagai Arena Wati (30 Julai 1925 – 25 Januari 2009) ialah Sasterawan Negara Malaysia tahun 1988. Nama pena lainnya ialah Duta Muda dan Patria.Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia. Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943. Pengalamannya dalam bidang ini meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam penulisan dan menghasilkan novel yang baik. Beliau menamatkan pengajian menengahnya di Makasar pada tahun 1953.Selepas tamat persekolahan, Arena bekerja dengan syarikat penerbitan di Singapura, dan kemudiannya ke Johor Bahru dan Brunei. Dalam tempoh ini, beliau telah menjadi warganegara Malaysia dan antara tahun 1962 hingga 1974, beliau bertugas di Pustaka Antara, Kuala Lumpur. Arena Wati terjun dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 1954 dan pernah menjadi editor di Pustaka Antara dan akhirnya menerima anugerah Sasterawan Negara pada 1988. Kebanyakan karya Arena Wati berbentuk akademik, imaginatif, mencabar minda dan kritikannya pedas dan berbisa.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Arena Wati //scholar.google.com/scholar?q=%22Arena+Wati%22 //www.google.com/search?&q=%22Arena+Wati%22+site:n... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Arena... //www.google.com/search?q=%22Arena+Wati%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Arena+Wati%... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4937/ http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/anugerah%... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068750943 http://web.archive.org/web/20180310190743/http://p...